PAKAIAN SUDAH DICIPTA SEJAK 120,000 TAHUN?
Sebut saja tentang zaman prasejarah, apakah yang terlintas di dalam kotak fikiran kita? Mungkin perkara pertama yang difikirkan ialah manusia prasejarah tidak berpakaian kerana cara hidup mereka yang belum bertamadun. Namun tanggapan tersebut boleh disangkal jika menurut laporan penyelidik yang telah menjumpai beberapa alatan yang digunakan untuk membuat pakaian di sebuah Gua di Maghribi.
Penemuan alatan tulang di sebuah Gua dipercayai telah digunakan sebagai alat untuk membersihkan kulit dan bulu haiwan. Kulit haiwan dibersihkan dengan cara ini biasanya digunakan untuk membuat pakaian.
Penemuan seperti ini tidaklah mengejutkan, tetapi ada beberapa faktor membuatkan penyelidik tertarik dengan penemuan ini antaranya adalah berkenaan alat khusus yang digunakan oleh manusia purba ini sangat kuno anggaran usianya menjangkau 120,000 tahun. Suatu masa yang sangat panjang untuk difikirkan tentang pembuatan pakaian .
Alat tulang dijumpai menunjukkan tanda-tanda ia digunakan sebagai alatan membersihkan kulit untuk dibuat pakaian daripada kulit-bulu haiwan.
Ahli Arkeologi menjumpai tanda-tanda dan corak luka pada tulang-tulang haiwan karnivor – membuktikan lagi bahawa manusia prasejarah tidak memproses haiwan untuk mendapatkan daging sebaliknya mengeringkannya untuk membuat pakaian.
Kajian Dr Hallett menambah satu lagi senarai panjang tentang tingkah laku manusia moden(Homo-Sapien) yang mula muncul dalam catatan arkeologi Afrika sekitar 100,000 tahun yang lalu.
Baca juga:250 KUBUR MESIR PURBA DITEMUI
Saintis yang terlibat dalam projek penyelidikan ini bekerjasama dengan Institut Max Planck, Science of Human History di Jerman.
Penyelidik tidak menyangka akan menemui sampel pakaian sebenar semasa melakukan ekskavasi di sebuah gua. Ini kerana pakaian jenis bulu dan kulit tidak mampu bertahan selama lebih dari 100,000 tahun apatah lagi jika ianya diperbuat dari bahan yang cukup halus.
Kajian menarik mengenai DNA kutu dalam pakaian menunjukkan bahawa ia mungkin berkembang dari kutu kepala manusia di suatu tempat antara 83,000 dan 170,000 tahun lalu.
Ini membawa asal usul mereka ke zaman ketika manusia moden masih tinggal secara eksklusif di Afrika, sekaligus menawarkan bukti lebih lanjut bahawa manusia sudah membuat pakaian dalam jangka masa yang sudah lama.
Penyelidik memperincikan penemuan mereka dalam jurnal iScience, Dr. Hallett dan rakan-rakannya memeriksa dengan teliti sisa-sisa tulang haiwan yang digali dari Contrebandiers Cave di Maghribi. Selain itu mereka telah menemukan tulang-tulang rangka manusia yang menghuni gua sepanjang waktu tersebut.
Manusia Prasejarah Sejak Zaman Neanderthal Sudah Berpakaian?
Pada awalnya penyelidik tidak terfikir bahawa manusia moden(homo-sapien) berkemahiran dan mengetahui faedah disebalik pembuatan pakaian. Setakat ini mereka percaya Cuma Neanderthal di Eropah saja antara manusia prasejarah terawal membuat pakaian dari kulit haiwan sebelum manusia moden tiba di rantau eropah kira-kira 40,000 tahun lalu.
Terdapat bukti menyokong teori ini. Pada tahun 2013, ahli arkeologi menemui sejenis alatan kulit yang dikenali sebagai lissoir semasa melakukan ekskavasi di dua buah gua Abri Peyrony dan Pech-de-l’AzĂ© di Perancis. Gua-gua tersebut pernah dihuni oleh Neanderthal.
Dr. Pope menyatakan bahawa kulit yang diproses dengan baik juga dapat digunakan untuk membuat bekas, tempat perlindungan dan banyak produk berguna boleh dihasilkan, mereka pasti cukup mahir membuat produk daripada kulit.
Setelah dikemukakan dengan bukti-bukti bahawa amalan pembuatan pakaian sudah wujud sejak ratusan tahun dahulu, maka persoalan tentang pakaian semasa zaman prasejarah mungkin sudah terjawab, namun kajian selanjutnya perlu dijalankan.
Ulasan