MAKANAN TRADISIONAL SARAWAK POPULAR YANG PATUT DICUBA
Tanggal 16 September merupakan hari yang amat bermakna bagi semua rakyat Malaysia, ia merupakan hari di mana, termeterainya Malaysia yang mengabungkan semanjung Malaysia dengan sabah dan sarawak. Gabungan ini merupakan salah satu peristiwa yang membawa impak yang sangat besar kepada tanah Melayu kerana ia bukan sekadar menukar nama tanah melayu kepada Malaysia malahan gabungan ini telah menyebabkan pertembungan pelbagai budaya berlaku. Pertembungan budaya yang kami maksudkan ialah pertembungan budaya dari segi makanan. Gabungan ini telah memyebabkan negara Malaysia dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang pasti menarik perhatian ramai. Oleh demikian, sempena 16 September, kami akan menyenaraikan 16 makanan, snek dan minuman yang berasal dari Sabah dan Sarawak. 1. Hinava Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Ka...