Cara membuat corndog cheese

Jika kita lihat, makanan seperti sosej dan keju antara yang menjadi kegemaran mereka. Jadi, bagaimana untuk anda olehkan makanan sebegini supaya menjadi menarik untuk mereka?
Corn Dog merupakan antara makanan ringan yang menjadi kegilaan anak-anak. Kalau pergi ke pasaraya besar, pantang nampak corn dog, pastinya mahu satu ke tiga cucuk. Lari bajet mak ayah! Oleh itu, salah satu caranya adalah anda boleh buat sendiri corn dog ini di rumah dan ternyata lebih jimat. Macam mana? Jom kita ikut resepi di bawah.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK BUAT CORNDOG
-Cheese mozarella/Cheddar
-Lidi
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu besar gula( lebih baik kisar )
-2 sudu kecil serbuk penaik
-1/2 sudu kecil garam
-1 biji telur
-3/4 cawan susu segar sejuk
-Bread crumb.
-Minyak utk deep-fry.

CARA-CARA MEMBUAT CORN DOG
1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
2.Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
4.Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.
7.  Hidangkan.
8. Siap.
*Meleleh-leleh cheese tu!
==================================
Selamat mencuba...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA TEMPAT MAKANAN PALING BEST DI LABUAN

KELEBIHAN SURAH QURAISY

KELEBIHAN SURAH AN-NAS

MAKANAN TRADISIONAL SABAH POPULAR YANG PATUT DICUBA