KELEBIHAN SURAH AN-NAS


Kali ini adalah perkongsian mengenai salah satu surah yang terdapat dalam kitab suci Al Quran iaitu Surah An-Nas. Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’  yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.

Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

1.  Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.

2.  Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.


 3.  Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.

Daripada Aisyah r.ha. katanya : “Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ayat Surah An-Nas pendek dan ringkas tetapi membawa makna yang mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah SWT sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.

Surah ini mengandungi tiga sifat Allah SWT: ‘Rububiyah’, ‘Mulkiyah’ dan ‘Uluhiyah’. Allah pengurus, Raja dan ‘Illah’ segala sesuatu. Semuanya adalah makhluk-Nya, di bawah kerajaan-Nya, dan mengabdi kepada-Nya. Oleh kerana itu, maka Allah memerintahkan kepada sesiapa saja agar memperlindungkan diri kepada Allah SWT yang mempunyai 3 sifat agung tadi, dari segala macam bisikan al-khannas, iaitu syaitan yang akan diwakilkan kepada manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA TEMPAT MAKANAN PALING BEST DI LABUAN

KELEBIHAN SURAH QURAISY

MAKANAN TRADISIONAL SABAH POPULAR YANG PATUT DICUBA