Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SEJARAH

ASAL USUL TARIAN SUMAZAU?

Imej
Tarian Sumazau hari ini sinonim dengan sambutan pesta Kaamatan atau pesta menuai yang asalnya diraikan oleh etnik Kadazan Dusun sebelum ianya diangkat menjadi satu perayaan yang diraikan setiap etnik di Sabah tanpa mengira latar belakang dan perbezaan ideologi. Pesta menuai yang diraikan sepanjang bulan Mei sebelum mencapai acara kemuncak pada setiap 30 dan 31 haribulan akan disambut secara gilang-gemilang dengan menyaksikan sejumlah majlis keramaian akan diadakan baik di peringkat desa, daerah mahupun negeri. Pada ketika inilah tarian Sumazau akan kerap dipersembahkan sebagai sebahagian daripada budaya warisan anak bangsa yang dipusakai sejak turun-temurun daripada leluhur terdahulu. Setiap majlis perkahwinan atau apa-apa majlis penting tarian sumazau turut dipersembahkan. Tanpa persembahan tarian Sumazau pastinya suasana pesta menuai atau majlis akan terasa hambar dan sunyi. Namun…. Hari ini ramai generasi muda Sabah khususnya etnik Kadazan Dusun yang lupa cerita di sebal...

KELANDER MAYA KELANDER TERTUA DI DUNIA?

Imej
Siapa pernah menonton wayang bertajuk ‘2012’, pasti pembaca familiar dengan prediksi hari kiamat dalam kalendar Maya dan mempercayai inilah sebabnya tamadun Maya telah runtuh. Namun, pengkaji Guatemala telah menemui bukan sekadar tarikh hari kiamat, malah ia lebih penting dalam sejarah kaum Maya. Dalam kawasan ekskavasi Meso-amerika di Guatemala, sekumpulan ahli arkeologi telah menemui cebisan mural yang rupa-rupanya ialah cebisan kalendar Maya paling awal! Cebisan mural yang ditemui dalam dinding kuil yang terbiar mempunyai ukiran berupa kepala haiwan dengan teknik menitik dan garisan hitam. Dikatakan ukiran ini ialah salah satu simbol mewakili ‘7 Deer’ dalam kalendar Maya yang mempunyai 260 hari. Baca juga:  BETULKAH IKAN DUYUNG WUJUD DISEKITAR KITA? Menurut sejarah, kalendar Maya sebegini berasal dari Amerika Tengah, namun tidak jelas ketepatan tarikh cebisan mural ini. Walau bagaimanapun, cebisan ini berusia 200 dan 300 SM setelah dikaji menggunakan analisis radioca...

PIRAMID TASIK CHINI YANG MENJADI SISA KEAGUNGAN MELAYU SILAM

Imej
Cari Tasik Chini dalam carian internet, akan ada dua sebab. Sama ada kerana kisah legenda naga Tasik Chini atau statusnya sebagai Rizab Biosfera UNESCO akan ditarik balik berikutan kemusnahan alam akibat pembalakan dan perlombongan. Tatkala proses pemulihan tasik sedang berjalan mengikut kenyataan kerajaan Pahang, apakah ini bermakna sebarang usaha mengkaji piramid yang didakwa wujud di situ juga berakhir? Pastinya ada gelak dan menyatakan ini merupakan sesuatu yang mengarut. Karut tahap Ancient Aliens. Kalau betullah ini mengarut, apa kejadahnya akhbar The New Straits Times laporkan cerita ini kira-kira 15 tahun yang lalu? Bak kata pepatah, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Cerita ini dikatakan diketahui oleh orang asli Jakun yang menghuni kawasan sekitar Tasik Chini sejak tahun 80-an lagi. Mereka percaya pembina tujuh buah piramid yang didakwa wujud di situ ialah Empayar Khmer. Walaupun dakwaan ini masih belum dapat dibuktikan secara sahih, terdapat kisah yang...

PROJEK KERETA API YANG MEROSAKKAN TINGGALAN TAMADUN MAYA

Imej
Pada musim sejuk 2018, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador meluluskan projek kontroversi Tren Maya atau Keretapi Maya. Projek ini diharap menjadi projek pengangkutan yang membolehkan penduduk merentasi Semenanjung Yucatan yang terletak di tenggara Mexico. Bagaimanapun, projek ini ditentang ramai pihak kerana ia dikhuatiri merosakkan banyak tapak arkeologi milik Tamadun Maya. Dan apa yang dibimbangi komuniti orang asli dan sejarah akhirnya menjadi kenyataan. Ini selepas sebuah akhbar melaporkan penemuan 2,500 struktur pra-Sepanyol dan 80 kawasan perkuburan di satu bahagian laluan Tren Maya. Rajah 1: Salah satu kawasan perkuburan Maya yang ditemui di satu seksyen laluan Tren Maya, Mexico. Projek Tren Maya yang berukuran 1,500 km dianggap satu malapetaka alam sekitar. Ini kerana berikutan perlaksaan pembinaan projek tersebut, tidak diketahui berapa banyak tapak Tamadun Maya yang rosak atau mu.sn.ah sebelum dapat dinilai oleh Institut Antropologi dan Sejarah...

PAKAIAN SUDAH DICIPTA SEJAK 120,000 TAHUN?

Imej
Sebut saja tentang zaman prasejarah, apakah yang terlintas di dalam kotak fikiran kita? Mungkin perkara pertama yang difikirkan ialah manusia prasejarah tidak berpakaian kerana cara hidup mereka yang belum bertamadun. Namun tanggapan tersebut boleh disangkal jika menurut laporan penyelidik yang telah menjumpai beberapa alatan yang digunakan untuk membuat pakaian di sebuah Gua di Maghribi. Contrabandier Cave Penemuan alatan tulang di sebuah Gua dipercayai telah digunakan sebagai alat untuk membersihkan kulit dan bulu haiwan. Kulit haiwan dibersihkan dengan cara ini biasanya digunakan untuk membuat pakaian. Alatan Tulang Untuk Membuat Pakaian Penemuan seperti ini tidaklah mengejutkan, tetapi ada beberapa faktor membuatkan penyelidik tertarik dengan penemuan ini antaranya adalah berkenaan alat khusus yang digunakan oleh manusia purba ini sangat kuno anggaran usianya menjangkau  120,000 tahun. Suatu masa yang sangat panjang untuk difikirkan tentang p...

250 KUBUR MESIR PURBA DITEMUI

Imej
Baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi secara tidak sengaja menemui 250 buah kubur batu yang berpotong di nekropolis Al-Hamidiyah berhampiran Sohag, Mesir. Usia kubur-kubur ini berbeza dari tempoh akhir Kerajaan Lama (2200 SM) hingga akhir Dinasti Ptolemy (30 SM). Ruang-ruang kubur ini diukir pada bahagian gunung berbeza di nekropolis berkenaan. Nekropolis Al-Hamidiyah ini terletak di tebing barat Sungai Nil. Disebabkan perbezaan ini, sesetengah kubur mempunyai pelbagai perangkap berbeza untuk mengawalnya daripada diceroboh pero.mp.ak-pero.mp.ak kubur. Rajah 1: Kubur-kubur di nekropolis Al-Hamidiyah diukir pada tingkat berbeza. Sumber: Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir. Salah satu kubur ialah sebuah kubur yang diletakkan dalam kedudukan cerun dan dipasang dengan pintu palsu. Sesiapa yang membuka pintu itu akan memasuki koridor di mana mereka akan terkena perangkap batang kayu panjang yang t.aj.am. Pintu palsu itu turut dihiasi dengan inskripsi hierogl...

LAGENDA KAPAL FLYING DUTCHMAN YANG BERHANTU

Imej
Ada satu mitos yang timbul ketika zaman kegemilangan Empayar Belanda dulu. Katanya ada sebuah kapal yang takkan boleh berlabuh, walau apa jua cara sekalipun. Kapal ini seolah-olah dilak.nat dan akan berlayar di lautan luas buat selamanya. Itulah lagenda tentang The Flying Dutchman yang dalam lidah Belanda bernama Die Vliegende Hollander. Asal-usulnya tidak dapat disahkan, mungkin datang daripada mulut orang laut sebelum dirakamkan John MacDonald pada tahun 1790. Sejak tahun itu, banyak kelasi laut bercerita pasal The Flying Dutchman. Kapal ini dianggap satu petanda sangat buruk (Hullfish, 2019). Orang ramai sekadar menyangka kapal ini ada kaitan dengan Kapten Bernard Fokke, seorang nakhoda yang mampu berlayar dengan kelajuan tidak ditandingi sesiapa. Oleh kerana terlalu laju, buah mulut orang kebanyakan menjaja cerita yang Fokke meminta pertolongan Iblis. Baca juga: SEGI TIGA BERMUDA DI LAUTAN PASIFIK   Namun berdasarkan tulisan yang diterbit dalam Edinburgh Magazine pa...

SEGI TIGA BERMUDA DI LAUTAN PASIFIK?

Imej
Sebut saja Segi Tiga Bermuda, ramai orang mengaitkannya dengan pelbagai tragedi kapal dan kapal terbang yang hilang. Tetapi tidak ramai tahu di sebelah Asia, ia mempunyai Segi Tiga Bermudanya yang tersendiri sehingga menjadi sumber mitos di China dan Jepun. Kawasan itu ialah Laut Syaitan (The Devil’s Sea). Lokasi Laut Syaitan. Ahli biologi Scotland, Ivan T. Sanderson menggelar Laut Syaitan dan Segi Tiga Bermuda sebagai sebahagian daripada 12 Vortice Ja.h.at. Vortice Jahat merupakan kawasan di mana berlakunya gangguan elektormagnet yang tinggi. Selain dua lokasi berkenaan, Sanderson turut menyenaraikan Mohenjo Daro, Megalitik Algeria, Gunung Berapi Hamakulia (Hawaii), Megalitik Pulau Easter, Lembangan Wharton, Jurang New Hebrides dan Pulau Loyalty (Afrika Selatan), Anomali Amerika Selatan (Argentina), Megalitik Zimbabwe (Australia), Kutub Utara dan Kutub Selatan.   Lokasi 12 Vortice Jahat yang dicadangkan Sanderson. Gangguan elektromagnet ini berlaku ...

KOTA-KOTA PURBA LAMA HILANG DALAM SEJARAH

Imej
Kita mengenali kota Atlantis adalah kota yang pernah wujud kira-kira pada Zaman Ais Akhir, di mana pulau tempat Atlantis berada kaya dengan sumber asli yang mampu memajukan tamadun yang digelar sebagai ‘Atlantean’. Kemudian seluruh pulau ditenggelami oleh air laut dan menjadi kota yang terbiar di dasar laut. Sebenarnya, kisah lagenda berkait kota kuno yang hilang dari lipatan sejarah tidak saja berkisarkan kota Atlantis. Terdapat juga kota-kota lagenda lain yang kisahnya persis dengan kota Atlantis. Tidak sekadar ditenggelami oleh air laut, ada juga kotanya terbiar sehingga tumbuh-tumbuhan melingkari menjadi hutan dan dikambus oleh pasir gurun. Berikut adalah 5 buah kota lagenda yang hilang dari lipatan sejarah: 1. Kota Z llustrasi Kota Z. Semasa fasa penjelajahan Eropah ke Dunia Baru (benua Amerika), terdapat dua kisah berkenaan kota yang tersembunyi dalam hutan dara, kemudian menjadi bualan para penjelajah Eropah: El Dorado dan kota Z. Pada tahun 1925, seorang...

MISTERI MUMIA SEORANG PEDERI YANG DIKEBUMIKAN DENGAN JANIN

Imej
Peder Winstrup membesar dalam keluarga agamawan. Bapanya merupakan seorang uskup (bishop) di pulau Zealand, yang terletak dalam wilayah Denmark. Dalam agama Kristian, jawatan uskup ini besar sebenarnya. Jadi apabila bapanya meninggal dunia (ketika Winstrup berusia sembilan tahun), pihak gereja perlu mencari ganti. Pengganti ini pula berkahwin dengan ibunda Winstrup. Maka sepanjang usia kanak-kanak dan remaja, Winstrup mendapat pendedahan keagamaan. Pendedahan ini dibawa sampai dewasa, menimba ilmu dalam banyak universiti seperti Rostock, Wittenberg, Leipzig, Jena dan kemudian Copenhagen. Ketika berusia 30 tahun, Winstrup menerima pelantikan diraja untuk berkhidmat sebagai paderi dalam keluarga Raja Christian IV (1588-1648). Setahun kemudian, Winstrup mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang teologi. Dengan ilmu dan pengalaman, beliau berjaya menjadi seorang uskup pada tahun 1638. Peder Winstrup Perkhidmatan beliau untuk Christian IV berakhir kerana pergolakan poli...

BETULKAH IKAN DUYUNG WUJUD DISEKITAR KITA

Imej
Baca saja tajuk artikel ini mesti ada faktor ‘wow’. Ya, artikel ini membincangkan tentang adakah kewujudan ikan duyung ini sebenarnya simbol kepada penyakit kecacatan? Kita mengenali ikan duyung melalui kisah-kisah lagenda dan telah meresap dalam tamadun manusia beribu-ribu tahun dulu. Ikan duyung yang kita kenal adalah makhluk aquatik gabungan manusia dan tubuh ikan dan kewujudan makhluk ini banyak dicatat dalam manuskrip-manuskrip kuno berkait dengan mitologi. Tambahan lagi, ikan duyung mempunyai kecantikannya yang mampu memukau sesiapa yang melihat wajahnya kemudian terjerat ke perangkap air yang mustahil manusia keluar selamanya. IKAN DUYUNG DALAM DUNIA MITOLOGI Terlebih dahulu, kita kenali dulu asal-usul kewujudan ikan duyung dalam dunia mitologi. Ikan duyung telah dicatat sejak fasa Assyria yang berpusat di utara Syria kini. Dikatakan masyarakat Assyria memuja dewi bernama Atargatis kemudian pemujaan ini tersebar ke tamadun Yunani Kuno dan Rom. Mengikut ki...