KELANDER MAYA KELANDER TERTUA DI DUNIA?



Siapa pernah menonton wayang bertajuk ‘2012’, pasti pembaca familiar dengan prediksi hari kiamat dalam kalendar Maya dan mempercayai inilah sebabnya tamadun Maya telah runtuh. Namun, pengkaji Guatemala telah menemui bukan sekadar tarikh hari kiamat, malah ia lebih penting dalam sejarah kaum Maya.

Dalam kawasan ekskavasi Meso-amerika di Guatemala, sekumpulan ahli arkeologi telah menemui cebisan mural yang rupa-rupanya ialah cebisan kalendar Maya paling awal!

Cebisan mural yang ditemui dalam dinding kuil yang terbiar mempunyai ukiran berupa kepala haiwan dengan teknik menitik dan garisan hitam. Dikatakan ukiran ini ialah salah satu simbol mewakili ‘7 Deer’ dalam kalendar Maya yang mempunyai 260 hari.


Menurut sejarah, kalendar Maya sebegini berasal dari Amerika Tengah, namun tidak jelas ketepatan tarikh cebisan mural ini. Walau bagaimanapun, cebisan ini berusia 200 dan 300 SM setelah dikaji menggunakan analisis radiocarbon. Keputusan ini menunjukkan usia kalendar Maya ini lebih tua dari usia kalendar lain yang juga ditemui di Guatemala.
Berkemungkinan penciptaan kalendar Maya lebih awal sebelum kehadiran komuniti orang Maya. Pengkaji anggarkan penciptaan kalendar wujud seawal fasa pertengahan pra-klasik iaitu sekitar tahun 1000 SM hingga 400 SM.

Manakala, simbol ‘7 Deer’ biasanya ditemui dalam beratus-ratus cebisan dalam piramid Las Pinturas yang terletak di San Bartolo, Guatemala. Piramid ini ialah lubuk kepada sejarah-sejarah penting tamadun Maya yang bermula secara kasar dari 800 SM.
Piramid Las Pinturas juga mempunyai binaan paling terkini antara piramid-piramid Maya lain serta terkenal dengan lukisan mural dengan tema mitologi Maya. Bahagian bawah piramid ini terdapat beberapa struktur yang unik. Pada tahun 2005, pengkaji menemui dinding-dinding yang dilukis dengan tulisan hieroglif setelah menggali lapisan kelima bawah piramid.

Tulisan hieroglif inilah menjadi bukti bahawa masyarakat Meso-amerika pernah mengasaskan tulisan ini pada fasa terawal sebelum tamadun Maya. Piramid ini jugalah menjadi lokasi penemuan kalendar Maya paling awal.

Cebisan mural yang ditemui ini berkemungkinan sebahagian dari dinding mural dengan bahagian permukaannya penuh dengan cat warna dan beberapa titikan hitam.

Tamadun Maya biasa menggunakan sistem 260 hari setahun dan diterapkan dalam kalendar Maya. Sistem ini dipercayai masih diamalkan oleh beberapa komuniti orang asal Amerika Tengah. Setiap ‘set’ terdiri dari hari pertama hingga hari ke-20, kemudian meneruskan ‘set’ baru sehingga ‘set’ ke-13 dalam setahun. Simbol ‘7 Deer’ ini sebenarnya bermaksud hari ketujuh Rusa, kemudian diteruskan dengan hari kelapan Arnab, hari kesembilan Air, dan hari ke-10 Anjing.

Apabila memerhati mural di atas cebisan tersebut, terang-terang tulisan hieroglif menunjukkan kepala rusa. Dan bahagian atas kepala rusa pula diukir dengan garisan hitam dan titik ‘nombor 7’ berdasarkan lokasi titik tersebut. Namun, bahagian bawah cebisan terdapat ukiran yang tidak dapat ditafsir dengan jelas.

Menurut salah seorang ahli arkeologi Guatemala, 260 hari kalendar ialah kunci utama dalam memahami budaya tradisi orang Meso-amerika. Pengamalan kalendar sistem ini sehingga kini membuktikan kepentingannya dalam kehidupan sosial dan keagamaan.

Dengan penemuan kalendar Maya terawal ini, pengkaji menemui penemuan baharu tentang penggunaan tulisan hieroglif sebelum terbinanya tamadun Maya dan amalan kalendar yang begitu tua penggunaannya.

RUJUKAN:

Cassella, Carly. 14 April 2022. This Could Be The Earliest Evidence of a 260-Day Maya Calendar Ever Found. Science Alert.

Sahir. 15 April 2022. Earliest Maya Calendar Fragment Found in Guatemala. Ancient Origins.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA TEMPAT MAKANAN PALING BEST DI LABUAN

KELEBIHAN SURAH QURAISY

KELEBIHAN SURAH AN-NAS

MAKANAN TRADISIONAL SABAH POPULAR YANG PATUT DICUBA