LAGENDA KAPAL FLYING DUTCHMAN YANG BERHANTU
Ada satu mitos yang timbul ketika zaman kegemilangan Empayar Belanda dulu. Katanya ada sebuah kapal yang takkan boleh berlabuh, walau apa jua cara sekalipun.
Kapal ini seolah-olah dilak.nat dan akan berlayar di lautan luas buat selamanya. Itulah lagenda tentang The Flying Dutchman yang dalam lidah Belanda bernama Die Vliegende Hollander.
Asal-usulnya tidak dapat disahkan, mungkin datang daripada mulut orang laut sebelum dirakamkan John MacDonald pada tahun 1790. Sejak tahun itu, banyak kelasi laut bercerita pasal The Flying Dutchman. Kapal ini dianggap satu petanda sangat buruk (Hullfish, 2019).
Orang ramai sekadar menyangka kapal ini ada kaitan dengan Kapten Bernard Fokke, seorang nakhoda yang mampu berlayar dengan kelajuan tidak ditandingi sesiapa. Oleh kerana terlalu laju, buah mulut orang kebanyakan menjaja cerita yang Fokke meminta pertolongan Iblis.
Baca juga:SEGI TIGA BERMUDA DI LAUTAN PASIFIK
Namun berdasarkan tulisan yang diterbit dalam Edinburgh Magazine pada Mei 1821, Fokke tiada kaitan pun. Kerana The Flying Dutchman dibawa seorang nakhoda bernama Van der Decken, yang sangat mahir dalam ilmu laut tanpa sebarang keluhan.
Katanya satu hari di tengah laut, tidak jauh daripada Cape of Good Hope, kapal van der Decken dipµkµl angin kuat. Mereka menyumpah seranah cuba mela.wan angin ini.
Apabila ditanya kapal lain jika mereka masih akan berlayar pada waktu malam (ketika angin kuat), van der Decken mendabik, “semoga aku dila.knat selamanya jika aku berlayar, tetapi aku mesti teruskan (law.an angin) sampai hari kiamat.” Kapalnya tidak kelihatan sejak hari itu. Dan van der Decken dikatakan akan mela.wan angin kuat sampai hari kiamat.
Khabar angin menjadi cerita rakyat, sebelum menjadi lagenda budaya. The Flying Dutchman disebut pada mulanya di Belanda sebelum tersebar dalam budaya Eropah sendiri.
Kisahnya menjadi kukuh apabila nelayan dan kelasi mula bercerita tentang “kelibat kapal”. Entah apa yang mereka nampak. Tetapi semua yakin. Itulah nasib van der Decken, perlu menyeberangi laut buat selamanya.
Besar kemungkinan mereka ternampak sesuatu secara fatamorgana. Memang biasa kelibat kapal muncul seolah-olah berlayar tanpa menyentuh air. Oleh kerana tidak menyentuh air, kapal tersebut takkan sesekali berlabuh lagi.
Tanpa asas saintifik, sudah pasti orang ramai takkan faham bagaimana fatamorgana berlaku. Jadi senang untuk faham, itu kapal hantu… itu kapal syaitan… itu kapal golongan dila.knat.
Ada saja kisah yang menjadi mainan fikiran, mungkin setelah kepenatan berlayar tanpa sebarang kehijauan melainkan biru laut dan langit… apatah lagi dengan pµkµlan ombak yang meruntun jiwa ketika hujan lebat.
Bukan kelasi biasa saja yang dibawa fikiran sendiri. Golongan putera pun sama naik saja. Pada 11 Julai 1881, sepasang putera British sedang berlayar di Selat Bass antara Melbourne dan Sydney. Mereka bernama Albert Victor (1864-1892) dan George Frederick Albert (1865-1936), abang adik kelahiran Raja Edward VII.
Sebagai maklumat, Albert meninggal dunia dalam Sandringham House kerana sera.ngan influenza ketika pand.emik 1889-1892. Dan George mewarisi takhta ayahandanya, dimasyhurkan pada 6 Mei 1910 sebagai Raja George V.
Ketika berlayar bersama seorang guru, Albert dan George ternampak cahaya merah. Dalam sebuah buku log, mereka berkata semua anak kapal nampak cahaya ini. Tetapi setiba di lokasi, mereka tidak jumpa sebarang kapal. Beberapa jam kemudian, barulah seorang anak kapal berkongsi cerita The Flying Dutchman. Menurutnya, kapal itu han.cµr sampai lumat.
Baca juga:MISTERI TAMAN TERGANTUNG BABYLON
Menariknya, kelibat The Flying Dutchman tidak menyebabkan kema.tian sesiapa. Cuma tidak pelik kalau ada pentaksub konspirasi menjaja habis… kerana Albert man.gkat 11 tahun kemudian (dan Per.ang Dunia Pertama berlaku 33 tahun selepas penampakan).
Bercakap tentang peper.angan, Laksamana Jerman bernama Karl Donitz pun katanya ternampak The Flying Dutchman semasa berlayar di Suez (Mambra, 2019).
Populariti The Flying Dutchman menjadikannya latar dalam banyak karya kreatif. Kapal ini muncul dalam filem Pira.tes of the Caribbean, katanya kapal agung milik Davy Jones. Selain karya fiksyen, The Flying Dutchman turut menjadi label kepada seseorang.
Penyer.ang Arsenal Dennis Bergkamp lama takut kapal terbang (aviophobia). Kerap kali beliau terlepas perlawanan penting, walaupun beliau cuba bergerak dengan kenderaan darat. Disebabkan itu, Bergkamp diberi gelaran “the non-Flying Dutchman”.
RUJUKAN:
1. Hullfish, B. (2019). The Erie Canal Sings. Arcadia Publishing. Halaman 143.
2. Mambra, S. (2019, Oktober 24). Ghost Ship: The Mysterious Flying Dutchman. Marine Insight.
Ulasan