KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS
Jika dalam setiap solat fardhu kita membaca surah al-Ikhlas, ini bermakna kita telah membaca lima kali surah yang penuh keberkahan ini. Bayangkan kalau kita turut berzikir 33 kali surah ini setiap hari ditambah pula dengan membacanya dalam solat sunat.
Subhanallah kita boleh duduk menangis mengetahui khasiat-khasiat atau manfaat besar yang diberikan Allah kepada kita hanya dengan membaca surah pendek yang mengandungi 4 ayat ini.
1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah al-Ikhlaá¹£ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
2. Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
3. Menghindari Kesukaran
a)Jika dibaca 3 surah ini; al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas pada waktu pagi dan petang, nescaya kita terhindar daripada mengalami apa-apa kesusahan.
b)Bacalah Surah al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
Baca juga: KELEBIHAN SURAH AN-NAS
4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah al-Ikhlaá¹£ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
5. Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a)Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara konsisten. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b)Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
6. Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana
Baca Surah al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
7. Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
8. Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur
Bacalah Surah al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
Ulasan