MAKANAN TRADISIONAL SARAWAK POPULAR YANG PATUT DICUBA
Tanggal 16 September merupakan hari yang amat bermakna bagi semua rakyat Malaysia, ia merupakan hari di mana, termeterainya Malaysia yang mengabungkan semanjung Malaysia dengan sabah dan sarawak.
Gabungan ini merupakan salah satu peristiwa yang membawa impak yang sangat besar kepada tanah Melayu kerana ia bukan sekadar menukar nama tanah melayu kepada Malaysia malahan gabungan ini telah menyebabkan pertembungan pelbagai budaya berlaku.
Pertembungan budaya yang kami maksudkan ialah pertembungan budaya dari segi makanan. Gabungan ini telah memyebabkan negara Malaysia dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang pasti menarik perhatian ramai.
Oleh demikian, sempena 16 September, kami akan menyenaraikan 16 makanan, snek dan minuman yang berasal dari Sabah dan Sarawak.
1. Hinava
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan.
2. Ambuyat
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.
3. Barobbo
Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau. Barobbo adalah masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo di masak bersama jagung pulut. Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis.
Barobbo biasanya di masak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti sewaktu cuti di hujung minggu dan ia lebih sedap di makan ketika masih panas.
4. Latok
Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut.
Ia sangat popular di kalangan suku kaum Bajau Laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna. Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya.
5. Kuih Jala
Kuih Jala merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular di sebelah pantai timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Kuih jala sabah dibuat dengan menggunakan perlatan atau acuan yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan dibahagian bawahnya.
6. Amplang
Amplang merupakan salah salah makanan ringan yang terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tawau dan Sandakan. Ia merupakan makanan tradisi bagi Bugis di Sabah.
Amplang merupakan keropok yang diperbuat daripada Ikan dan ikan yang biasanya digunakan untuk membuat keropok Amplang ini adalah dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji dan bahan-bahan lain untuk digoreng dan dijadikan keropok
7. Pinasakan Sada
Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah.
Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Pinasakan Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.
8. Noonsom
Noonsom merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun Sabah. Ia merupakan hidangan istimewa kaum Kadazan-Dusun.
Noonsom yang menjadi makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun merupakan salah satu makanan yang berupa jeruk. Noonsom biasanya ada tiga jenis iaitu noonsom sada (ikan), noonsom bambangan (buah), noonsom tuhau (tumbuhan).
9. Kolok Mee
Mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak dan semakin popular di Semenanjung Malaysia. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan Melayu dan Cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering.
Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.
10. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara.
Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.
11. Kek Lapis Sarawak
Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina.
Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu.
Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut.
Ulasan