Catatan

SEGI TIGA BERMUDA DI LAUTAN PASIFIK?

Imej
Sebut saja Segi Tiga Bermuda, ramai orang mengaitkannya dengan pelbagai tragedi kapal dan kapal terbang yang hilang. Tetapi tidak ramai tahu di sebelah Asia, ia mempunyai Segi Tiga Bermudanya yang tersendiri sehingga menjadi sumber mitos di China dan Jepun. Kawasan itu ialah Laut Syaitan (The Devil’s Sea). Lokasi Laut Syaitan. Ahli biologi Scotland, Ivan T. Sanderson menggelar Laut Syaitan dan Segi Tiga Bermuda sebagai sebahagian daripada 12 Vortice Ja.h.at. Vortice Jahat merupakan kawasan di mana berlakunya gangguan elektormagnet yang tinggi. Selain dua lokasi berkenaan, Sanderson turut menyenaraikan Mohenjo Daro, Megalitik Algeria, Gunung Berapi Hamakulia (Hawaii), Megalitik Pulau Easter, Lembangan Wharton, Jurang New Hebrides dan Pulau Loyalty (Afrika Selatan), Anomali Amerika Selatan (Argentina), Megalitik Zimbabwe (Australia), Kutub Utara dan Kutub Selatan.   Lokasi 12 Vortice Jahat yang dicadangkan Sanderson. Gangguan elektromagnet ini berlaku ...

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR

Imej
Kuala Lumpur ialah jantung Malaysia, lambang sejarah dan budaya negara ini. Banyak orang mengenali Menara Berkembar Petronas yang terkenal, tetapi terdapat banyak tarikan lagi yang ditawarkan oleh bandar raya ini. Dengan begitu banyak tempat untuk dijelajahi, berikut adalah 25 tempat menarik di Kuala Lumpur yang harus anda lawati. 1. Tokong Thean Hou Thean Hau Temple Tokong Thean Hou ialah tokong 6 tingkat yang dibina pada tahun 1987 untuk menyembah Dewi Laut Cina, Mazu. Sebagai salah satu tokong yang terbesar di Asia Tenggara, seni bina yang hebat ini menggabungkan elemen Buddhisme, Taoisme dan Konfusianisme. Tokong ini bukan sahaja terkenal untuk keindahan dan keaslian tradisi Cina dalam tiang besar, ukiran kayu yang rumit, dan gerbang yang mengagumkan di sini, tetapi juga sebagai salah satu tempat perkahwinan kegemaran orang Cina. Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pg – 10:00 mlm Harga Tiket: Percuma 2. Menara Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur Satu lagi tempat menarik di Ku...

TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI SARAWAK YANG MESTI DIKUNJUNGI

Imej
Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan hampir sama dengan saiz Semenanjung Malaysia. Terkenal untuk hutan hujannya yang lebat dan pantai yang cantik, tidak menghairankan jika Sarawak adalah salah satu tempat percutian yang terbaik di Malaysia. Dengan begitu banyak tarikan dengan budaya yang kaya dan warisan bersejarah, berikut adalah 15 tempat menarik di Sarawak yang perlu anda lawati. Bau 1. Rizab Alam Semula Jadi Semenggoh Semenggoh Nature Reserve Salah satu tempat menarik di Sarawak yang terkenal yang perlu anda lihat ialah Rizab Alam Semula Jadi Semenggoh, yang terletak sekitar 20km dari Kuching, ibu kota Sarawak. Didirikan pada tahun 1975, pusat ini berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi orang utan yang terluka, yatim piatu atau telah ditahan sebagai haiwan peliharaan yang tidak sah. Selain daripada peluang untuk melihat orang utan dari dekat, anda juga akan dapat melihat banyak jenis flora dan fauna yang jarang terdapat. Waktu Operasi: Setiap h...

MAKANAN TRADISIONAL SARAWAK POPULAR YANG PATUT DICUBA

Imej
Tanggal 16 September merupakan hari yang amat bermakna bagi semua rakyat Malaysia, ia merupakan hari di mana, termeterainya Malaysia yang mengabungkan semanjung Malaysia dengan sabah dan sarawak. Gabungan ini merupakan salah satu peristiwa yang membawa impak yang sangat besar kepada tanah Melayu kerana ia bukan sekadar menukar nama tanah melayu kepada Malaysia malahan gabungan ini telah menyebabkan pertembungan pelbagai budaya berlaku. Pertembungan budaya yang kami maksudkan ialah pertembungan budaya dari segi makanan. Gabungan ini telah memyebabkan negara Malaysia dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang pasti menarik perhatian ramai. Oleh demikian, sempena 16 September, kami akan menyenaraikan 16 makanan, snek dan minuman yang berasal dari Sabah dan Sarawak. 1. Hinava Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Ka...

MAKANAN TRADISIONAL SABAH POPULAR YANG PATUT DICUBA

Imej
Apabila pergi tempat orang tak sah kalau tak cuba makanan-makanan tempatan kerana tidak lengkap rasanya melancong kalau tidak mencuba makanan tempatan. Sabah mempunyai pelbagai kaum pastinya mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional yang tidak ada di tempat kamu. Pasti ada dikalangan kamu terutamanya para  food hunters  tertanya-tanya apa makanan unik yang terdapat di Sabah. Di sini kami ingin kongsikan beberapa makanan unik yang anda wajib cuba apabila berkunjung di Sabah.   1.Tuhau Tuhau adalah sejenis tumbuhan liar yang banyak tumbuh di Kepulauan Borneo. Ia merupakan makanan tradisional kaum Kadazandusun yang terkenal di Sabah. Tuhau biasanya dibuat kerabu, jeruk, sambal, serunding dan sebagainya. Makanan ini memiliki rasa yang unik dan sedap. Ia sesuai dimakan mentah atau bersama nasi panas. Kepada para  food hunters  bolehlah cuba makan makanan ini apabila berkunjung ke Sabah kerana keunikan rasanya pasti akan membuka selera makan kamu. ...