TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI W. PERSEKUTUAN LABUAN

Labuan digelar Mutiara Borneo dan menjadi sebuah pusat perdagangan dan kewangan disegani.

Terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sabah, Labuan diletakkan dalam Wilayah Persekutuan diisytiharkan pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan menjadi pelabuhan bebas cukai sejak 1956.



Labuan mempunyai pelbagai daya tarikan istimewa, dengan panorama pantai yang indah untuk menyaksikan matahari terbenam dan aktiviti rekreasi air, snorkeling dan lawatan ke pulau-pulau.8) One Stop Duty Free Shopping

Tahu tak Labuan turut menjadi destinasi percutian tumpuan pelancong kerana zon bebas cukainya  bebas cukai yang menyediakan pelbagai jenis barangan antaranya coklat, makanan dan tembakau yang dijual murah.

Walaupun coklat banyak dijual di tempat lain, istimewanya produk di kedai bebas cukai itu jarang ditemui di tempat lain. Malah, ada antaranya memang boleh ditemui di situ saja.

WaktuOperasi: Setiap Hari (9.00am – 9.00pm)

Alamat Bandar Labuan, 87000 Labuan

7) Ujana Kewangan   


Ke mana nak dituju di Labuan ini kalau tiba-tiba teringin bershopping seperti di kota metropolitan? Di sinilah lokasinya, Ujana Kewangan ataupun lebih dikenali sebagai UK dalam kalangan penduduk tempatan. UK ini sebenarnya adalah satu-satunya pusat membeli-belah yang terdapat di Labuan. Antara yang terdapat di sini adalah Parkson, Giant, KFC, Pizza Hut dan lain-lain.


yang membezakan pusat membeli-belah ini dengan di tempat lain adalah kerana ia adalah salah-satu daripada tempat bershopping yang bebas cukai untuk barangan seperti coklat, ya anda tidak salah dengar, bebas cukai.  Nak bershopping coklat sehingga penuh satu luggage seperti di Langkawi? Datanglah ke Ujana Kewangan.

Alamat: Lot No. E008, Tingkat Bawah, Bangunan Financial Park, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan

6) Chimney Museum


Setelah melalui jalan dengan pemandangan yang indah untuk sampai ke Muzium Chimney, anda akan disambut pula dengan kisah misteri yang menyelubungi muzium ini. Misteri di sebalik muzium ini bukanlah sesuatu yang meremangkan bulu roma, tapi tentang fungsi menara chimney ini sendiri. 


Walaupundiberikan nama chimney ataupun cerobong asap namun tiada kesan pembakaran yang ditemui pada dinding sebelah dalam menara ini. Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api kerana terletak di kawasan tanah tinggi dan kerana kewujudan sebuah pelabuhan di Lubung Temiang pada suatu ketika dahulu.

Teori yang lain pula mengandaikan yang menara ini mungkin juga sebuah menara jam, namun, di mana pula jamnya? Menara yang pelik namun inilah yang menjadikan ia menarik untuk dilawati, tambahan lagi di kawasan sekitarnya merupakan tapak pelombongan arang dari tahun 1847 hingga 1911 sewaktu pemerintahan British.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Hari Pertama Raya Puasa  & Haji Tutup

Bayaran: Percuma

Alamat: Muzium Chimney Kg Lubok Temiang Jalan Tanjung Kubong 87000

Baca juga: TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PAPAR, SABAH

5) Bird Park Labuan


Tidak jauh dari Muzium Chimney, terletaknya The Bird Park Labuan dengan 3 buah kubah besar dikelilingi oleh lanskap flora yang indah. Bagi anda yang suka melihat burung-burung yang dicipta dengan penuh warna-warni ini, dapatlah anda melihat dengan sepuas hati lebih daripada 580 spesies burung tanpa perlu membawa teropong yang berat. Semuanya ada di sekeliling anda. Satu perasaan yang pasti mengujakan sesiapa sahaja.


Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari Kecuali Jumaat

Bayaran: Dewasa RM3 | Kanak-kanak Percuma | Warga Emas & Pelajar RM2 | Pelancong RM5

Alamat: Tg. Kubong, Labuan Town, Labuan Island

4) Pantai Pancur Hitam


House of Millions of Peace, itulah nama yang diberikan kepada Pantai Pancur Hitam. Diberikan gelaran sedemikian kerana keindahan pemandangan dan ketenangan angin sepoi-sepoi bahasa pantai ini menjadikan ia pilihan ramai jutawan untuk membina rumah mewah di sini.


Keindahannya yang memukau turut menarik perhatian dunia sehingga dianugerahkan dengan Anugerah United Nation COBSEA Clean Beach 2008. Sambil-sambil menikmati pemandangan yang indah di pantai ini anda boleh membeli makanan yang dijual di tepi pantai seperti air kelapa, sosej, bertih jagung, coklat dan banyak lagi, barulah syok menikmati pemandangan sambil mengisi perutkan?

Alamat: Pantai Pancur Hitam, 87000

3) Labuan Botanical Garden


Labuan Botanical Gardens didirikan di atas tapak kawasan yang pernah menempatkan bangunan kerajaan yang digelar Bumbung 12 dibina oleh penjajah dengan seni bina yang cukup unik pada tahun 1852.


Bumbung 12 ini juga merupakan tempat tinggal Sir James Brooke dan pernah menjadi rumah persinggahan King Edward VIII (The Prince of Wales) sewaktu kedatangannya ke Labuan pada tahun 1922. Namun pada tahun 1945, bangunan ini dan sebahagian besar kawasan di sekelilingnya musnah dibom oleh tentera bersekutu. Yang tinggal hanyalah sisa bangunan serta sebuah tangki air.

Kini tapak ini menempatkan sebuah taman botani indah dengan sebuah taman bunga raya pelbagai spesies, taman herba, sebuah tasik buatan dengan jambatan merentasinya, laluan refleksologi, gazebo, taman permainan kanak-kanak dan rumah pondok di atas pokok. Ingin berseronok dengan anak-anak dalam taman yang menyegarkan? Datanglah ke taman botani ini.

Bayaran: Percuma

Alamat: Labuan Botanical Garden, 708, 87000 Labuan

1) Masjid Jamik An-Nur


Satu-satunya masjid yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan, Masjid Jamek An’Nur ataupun  Masjid Negeri Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebuah masjid yang dibina pada tahun 1980 dengan gabungan seni bina Melayu Brunei dan Turki.


Reka bentuknya yang agak futuristik menjadikan ia tarikan yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong yang datang ke Labuan. Sebuah masjid yang cukup indah dan berbeza dari masjid yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk singgah bersolat di sini.

Alamat: Jalan Merdeka, Labuan

==================================

Pulau yang kecil namun cukup padat dengan tarikan yang tersendiri. Kekayaan sejarah, keindahan panorama pantai dan laut dalam yang mempesonakan serta statusnya sebagai pulau bebas cukai menjadikan ia destinasi pelancongan idaman ramai untuk  lari dari kekacauan kehidupan di kota. Jadi tunggu apa lagi jom ke Labuan...





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA TEMPAT MAKANAN PALING BEST DI LABUAN

KELEBIHAN SURAH QURAISY

KELEBIHAN SURAH AN-NAS

MAKANAN TRADISIONAL SABAH POPULAR YANG PATUT DICUBA