TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PAPAR,SABAH

5. LANGKAH SYABAS BEACH RESORT

Langkah Syabas Beach Resort merupakan tempat peranginan yang menyediakan pakej penginapan.
Tidak hairanlah jika tempat ini mempunyai pantaiyang  cantik dan bersih, terjaga dan suasana pemandangan yang mempersonakan ketika senja.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Langkah Syabas Beach Resort
  • Hubungi: 088-752 000
  • Facebook Page: Langkah Syabas Beach Resort
  • Laman web: www.langkahsyabas.com.my

4. PANTAI MANIS

Merupakan pantai awam. Pantai Manis merupakan tempat menarik yang agak terkenal bagi penduduk setempat untuk mengambil angin, bersiar-siar dan menikmati waktu senja.Biasanya ramai orang mengunjungi tempat ini menjelang petang dan senja! 
Berjogging di sepanjang pantai mungkin suatu idea yang baik?Atau sekadar merenung jauh, menghayati deburan ombak laut dan senjakala yang mempersona?

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pantai Manis
  • Facebook Page: Pantai Manis, Papar

3. HIDDEN PARADISE RESORT


Hidden Paradise Resort sememangnya tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Papar. Sesiapa yang pernah mengunjungi tempat ini pastinya amat berpuas hati dengan pakej yang disediakan! Tempat yang sering menjadi tumpuan! Dengan mengekalkan konsep alam sekitar, tempat penginapan yang dibina sesuai dengan landskap persekitaran! Menyediakan pakej penginapan terbaik, makanan, pelbagai aktiviti seperti berkayak, mandi sungai dan sebagainya! Jika anda berminat untuk mengunjungi tempat ini, sila lihat maklumat berikut. 

Maklumat penting:

  • Lokasi: Hidden Paradise Resort
  • Facebook Page: Hidden Paradise Resort
  • Hubungi: 011-1604 8010, 011-16628010, 011-16038010, 011-10996480

2. MANDALIPAU WHITE WATER VIEW & FISHPOND


Merupakan tempat menarik yang sangat popular di Papar! Berkelah, memancing di tasik dan berkhemah adalah antara aktiviti di Mandalipau White Water View & Fishpond. Banyak kemudahan disediakan seperti pondok rehat, tempat barbeku dan sebagainya! Pastinya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi anda yang pertama kali datang ke sini! Disebabkan sungai yang agak dalam, anda perlu ada kemahiran asas berenang jika ingin mandi di sungai ini.

Maklumat penting:

  • lokasi: Mandalipau White Water View & Fishpond
  • Facebook Page: Mandalipau White Water View & Fishpond
  • Hubungi: 013-879 0994
  • Waktu Operasi: 08:00 pagi hingga 05.00 petang
1.MONDIKOT DEER CAMP

Jauh daripada kesibukan kota, bertemakan alam semulajadi, bunyi cengkerik dan unggas hutan dikala malam menjelma, Itulah tema Mondikot Deer Camp. Tempat menarik bertemakan alam semulajadi di Papar ini sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan dan berasimilasi dengan alam semulajadi! Bunyi deburan arus sungai, mandi sungai sememangnya amat menenangkan dan menyeronokkan. Aktiviti utama di sini? berkhemah, berkayak, berakit melihat burung dan sebagainya!  Sangatsesuai untuk aktiviti berkumpulan, sekolah dan keluarga! 

Maklumat penting:

  • Lokasi: Mondikot Deer Camp
  • Facebook Page: Mondikot Deer Camp
  • Hubungi: 019-880 1597

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA TEMPAT MAKANAN PALING BEST DI LABUAN

KELEBIHAN SURAH QURAISY

KELEBIHAN SURAH AN-NAS

MAKANAN TRADISIONAL SABAH POPULAR YANG PATUT DICUBA